Pages

Friday 16 November 2012

Rancangan Pengajaran Harian


                                        RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Hari                   : Khamis
Tarikh               : 26 Julai 2012
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tema                : Makanan
Tajuk                : Makanan ringan
Kelas                : 3 Arif
Masa                :  9:30 – 10:00 Pagi
Jumlah Murid   : 36 Orang
Objektif             : Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran murid dapat :
1.      Membina ayat dengan menggunakan penjodoh bilangan yang betul.
2.      Menyusun semula ayat tunggal yang diberikan dengan susunan penjodoh bilangan yang betul.
            3.      Menyatakan penjodoh bilangan dalam ayat yang diberikan.
Hasil pembelajaran : 
Fokus utama          :
 9.3 Menyusun maklumat secara kohesi daripada nota atau catatan hasil   daripada bahan yang didengar atau dibaca.
Aras 1 : Menyusun maklumat mengikut urutan
Fokus sampingan :
6.5 : Membaca pantas secara imbasan untuk mendapatkan maklumat khusus.
Sistem bahasa            : Penjodoh Bilangan
                                        Sebutan / Intonasi
Pengisian kurikulum :   Ilmu : Sains dan alam sekitar
                                       Nilai : bersyukur, kerajinan.
Kemahiran bernilai tambah :  i ) Kemahiran berfikir.
    ii)  Kontekstual.
Pengetahuan sedia ada       : Murid pernah mendengar pelbagai jenis ayat.
Bahan bantu mengajar        : Kad ayat, kad gambar dan bahan maujud.
Isi Pelajaran
Aktiviti
Catatan

Pengenalan tajuk

Set Induksi ( 3 minit )

1.     Guru menanyakan murid tentang makanan ringan yang selalu dimakan.
2.     Murid menyatakan jenis makanan ringan yang selalu dimakan.
3.     Guru mengaitkan pengalaman murid dengan isi pelajaran.


Kp : Interpersonal 
        Nilai kesyukuran

1.  Orang itu selonggok menjual gula-gula di tepi jalan.
2.  sebiji gula-gula biru Saya makan.
3.  Sekeping wafer makan saya pagi tadi.

Langkah 1 ( 8 minit )

1.  Guru menunjukkan ayat tunggal yang tidak tersusun ditulis di kad manila.
2.  Murid menyusun perkataan supaya betul susunan ayatnya.
3.  Murid membaca secara beramai-ramai ayat-ayat yang telah disusun.
4.  Murid diminta menyatakan penjodoh bilangan yang terdapat di dalam ayat tersebut.
5.  Guru menyatakan contoh-contoh penjodoh bilangan yang lain seperti sebatang, segenggam dan sekotak.


Kp : Verbal 
        Linguistik
        Naturalis.

BBM : Kad manila.

1.  Ali sebungkus aiskrim laici membeli di pasar malam.
2.  Emak segenggam membeli gula-gula anggur pasar di.
3.  Coklat ayah membeli sekotak selepas pulang dari tempat kerja.

Langkah 2 ( 8 minit )

1.  Murid dibahagikan kepada kumpulan dan diberikan kad ayat yang tidak tersusun.
2.  Murid menyusun ayat dengan betul mengikut kumpulan.
3.  Setiap ketua kumpulan membaca hasil kerja.
4.  Guru memberikan ulasan .


KP : Interpersonal
        Verbal linguistik

BBM : Kertas kad manila.

Nilai : Kerjasama

Latihan lembaran kerja

Langkah 3 ( 6 minit )

1.  Guru mengedarkan lembaran kerja berupa melengkapkan penjodoh bilangan pada ayat yang diberikan
2.  Guru memantau murid.


Kp     : Interpersonal
BBM : lembaran kerja
Nilai  : kerjasama


Penutup ( 5 minit )

1.  Guru meminta murid membina ayat dengan menggunakan penjodoh bilangan.
2.  Murid menyatakan penjodoh bilangan yang mereka tahu.
3.  Guru membuat rumusan dengan menerapkan nilai murni.


Kp : merumus
Nilai : kesyukuran.

4 comments:

  1. trime kaseh ats p'kongsian. ianya sgt mmbntu

    ReplyDelete
  2. bole jd rjukn bguna..sgt mbantu

    ReplyDelete
  3. blog cikgu menarik dn p'kongsiannye amat membantu ^_^

    ReplyDelete
  4. sangat ringkas dan padat. senang untuk difahami

    ReplyDelete