Pages

Friday 16 November 2012

Nota Penjodoh Bilangan


Penjodoh Bilangan
1. baris- untuk kedudukan benda atau manusia yang berbaris.
- contoh : orang, kedai, tulisan, murid
2. batang- untuk benda-benda yang panjang.
- contoh : galah, sungai, tongkat, gigi, tiang, lilin
3. bentuk - untuk benda-benda kecil yang berkeluk.
- contoh : mata kail, subang, cincin
4. bidang- untuk benda-benda yang terbentang luas.
- contoh : tanah, kain, ladang, sawah, kebun
5. biji- untuk benda-benda yang kecil.
- contoh : buah, guli, epal, telur 
6. bilah- untuk benda-benda yang tajam dan runcing.
- contoh : keris, pedang, sabit, pisau

Rancangan Pengajaran Harian


                                        RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Hari                   : Khamis
Tarikh               : 26 Julai 2012
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tema                : Makanan
Tajuk                : Makanan ringan
Kelas                : 3 Arif
Masa                :  9:30 – 10:00 Pagi
Jumlah Murid   : 36 Orang
Objektif             : Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran murid dapat :
1.      Membina ayat dengan menggunakan penjodoh bilangan yang betul.
2.      Menyusun semula ayat tunggal yang diberikan dengan susunan penjodoh bilangan yang betul.
            3.      Menyatakan penjodoh bilangan dalam ayat yang diberikan.
Hasil pembelajaran : 
Fokus utama          :
 9.3 Menyusun maklumat secara kohesi daripada nota atau catatan hasil   daripada bahan yang didengar atau dibaca.
Aras 1 : Menyusun maklumat mengikut urutan
Fokus sampingan :
6.5 : Membaca pantas secara imbasan untuk mendapatkan maklumat khusus.
Sistem bahasa            : Penjodoh Bilangan
                                        Sebutan / Intonasi
Pengisian kurikulum :   Ilmu : Sains dan alam sekitar
                                       Nilai : bersyukur, kerajinan.
Kemahiran bernilai tambah :  i ) Kemahiran berfikir.
    ii)  Kontekstual.
Pengetahuan sedia ada       : Murid pernah mendengar pelbagai jenis ayat.
Bahan bantu mengajar        : Kad ayat, kad gambar dan bahan maujud.
Isi Pelajaran
Aktiviti
Catatan

Pengenalan tajuk

Set Induksi ( 3 minit )

1.     Guru menanyakan murid tentang makanan ringan yang selalu dimakan.
2.     Murid menyatakan jenis makanan ringan yang selalu dimakan.
3.     Guru mengaitkan pengalaman murid dengan isi pelajaran.


Kp : Interpersonal 
        Nilai kesyukuran

1.  Orang itu selonggok menjual gula-gula di tepi jalan.
2.  sebiji gula-gula biru Saya makan.
3.  Sekeping wafer makan saya pagi tadi.

Langkah 1 ( 8 minit )

1.  Guru menunjukkan ayat tunggal yang tidak tersusun ditulis di kad manila.
2.  Murid menyusun perkataan supaya betul susunan ayatnya.
3.  Murid membaca secara beramai-ramai ayat-ayat yang telah disusun.
4.  Murid diminta menyatakan penjodoh bilangan yang terdapat di dalam ayat tersebut.
5.  Guru menyatakan contoh-contoh penjodoh bilangan yang lain seperti sebatang, segenggam dan sekotak.


Kp : Verbal 
        Linguistik
        Naturalis.

BBM : Kad manila.

1.  Ali sebungkus aiskrim laici membeli di pasar malam.
2.  Emak segenggam membeli gula-gula anggur pasar di.
3.  Coklat ayah membeli sekotak selepas pulang dari tempat kerja.

Langkah 2 ( 8 minit )

1.  Murid dibahagikan kepada kumpulan dan diberikan kad ayat yang tidak tersusun.
2.  Murid menyusun ayat dengan betul mengikut kumpulan.
3.  Setiap ketua kumpulan membaca hasil kerja.
4.  Guru memberikan ulasan .


KP : Interpersonal
        Verbal linguistik

BBM : Kertas kad manila.

Nilai : Kerjasama

Latihan lembaran kerja

Langkah 3 ( 6 minit )

1.  Guru mengedarkan lembaran kerja berupa melengkapkan penjodoh bilangan pada ayat yang diberikan
2.  Guru memantau murid.


Kp     : Interpersonal
BBM : lembaran kerja
Nilai  : kerjasama


Penutup ( 5 minit )

1.  Guru meminta murid membina ayat dengan menggunakan penjodoh bilangan.
2.  Murid menyatakan penjodoh bilangan yang mereka tahu.
3.  Guru membuat rumusan dengan menerapkan nilai murni.


Kp : merumus
Nilai : kesyukuran.

Contoh BBM/ABM Penjodoh Bilangan




MIKROTEACHING penjodoh bilangan

Penjodoh Bilangan Tahun 2

Mikropengajaran Penjodoh Bilangan Tahun 2

Soalan Subjektif Penjodoh Bilangan


Pilih penjodoh bilangan yang sesuai untuk diisikan ke tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.

ulas    titik    rawan    puntung    ruas    tandan    pasukan     untai    sikat    potong    rangkap


Zainab memasukkan se _____________  jari halia ke dalam periuk masakannya.
Pak Ali membeli beberapa ___________ gelang mutiara dari Sabah sebagai buah tangan untuk isterinya.
Wahab membeli tiga ________________ tembikai dari kebun Pak Samad untuk di jual di warung minumannya.
Beberapa ___________ darah luka di kakinya melekat di atas lantai.
____________ pengakap Sekolah Parit Raja mengadakan perkhemahan di kawasan Hutan Mertajam.
Saleha memberikan se___________ pisang emas kepada saudaranya.
Adik hanya makan se ____________ limau sahaja kerana rasanya masam.
Abang pergi ke laut sambil membawa se ___________ jala.
Kebakaran di perumahan kedai itu dipercayai berpunca dari api se ____________ rokok.
Syahirah mengarang beberapa ___________ pantun sebagai ucapan pada hari ibu.

Latihan Penjodoh Bilangan 1


Pilih jawapan yang paling betul.

1
Ayah membawa dua( ) joran untuk memancing di laut itu.
A bentuk
B urat
C batang
D utas

2. Pekerja-pekerja itu mengecat enam ( ) tiang rumah itu dengan warna merah.
A bidang
B gulung
C biji
D batang
3. Maisarah menggunakan se( ) benang untuk menjahit beberapa helai baju.
A bais
B buku
C kaki
D helai

4. Puan Maimunah menggunakan se( ) kertas untuk mencatat barang- barang
keperluan anak-anaknya.
A Helai
B timbun
C pasukan
D buku

5. Dua ( ) tiang lampu dihempap pokok semalam.
A kuntum
B batang
C papan
D longgok

6. Pak Jalal menggunakan dua belas ( ) kawat duri untuk memagari kebunnya.
A rawan
B gelung
C ketul
D rangkap


7. Ah Seng membaling beberapa ( ) pasir ke laut.
A rumpun
B genggam
C patah
D butir
8. Lengan baju pegawai itu terkena beberapa ( ) dakwat biru.
A titik
B potong
C ruas
D bentuk

9. Pemburu itu menggunakan beberapa ( ) peluru untuk menembak rusa.
A laras
B das
C bilah
D butir

10. Petani itu memberikan sepuluh ( ) jagung kepada anak-anaknya.
A tongkol
B biji
C baris
D ruas

Selamat menjawab!